Halaman

Isnin, 2 Mac 2015

Eizlan, Vie Shanti sah bercerai

Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 17/02/2015

PELAKON, Datuk Eizlan Yusof sah bercerai dengan isterinya Datin Vie Santie Harun selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu pada 28 September tahun lalu adalah sah.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin mengesahkan penceraian itu, selepas meneliti dokumen serta berpuas hati dengan keterangan plaintif dan defendan selain mengambil kira keterangan saksi melalui afidavit yang dikemukakan.

Sementara itu, Peguam Zulkifli Che Yong mewakili Vie Santie memaklumkan mahkamah, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan melafazkan talak kepada Vie Santie, 28, selaku plaintif pada 28 September 2014 kira-kira jam 11 malam.

Zulkifli berkata, defendan mengingati kata-katanya ketika melafazkan “aku lepaskan kau, aku tak nak kau lagi, kau ambil surat di Jawi aku sain (tanda tangan)."

Menurutnya, lafaz itu dibuat lanjutan permintaan plaintif yang meminta defendan menceraikan plaintif.


“Plaintif dan defendan bersetuju hak jagaan anak-anak diberikan kepada plaintif selaku ibu kandung, manakala defendan diberi hak lawatan dan hak bermalam.

"Plaintif bersetuju menyerahkan kepada budi bicara defendan untuk nafkah edah, serta tidak menuntut mutaah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minta maaf, sila emailkan pertanyaan anda kepada saya untuk tidak meng'aibkan dan menjaga privasi mereka yang bertanya.