Sumber : Sinar Harian - Skuad
Tarikh : 18/03/2014
Klang: Perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh yang difailkan Nur Liyana Abdul Manan, terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, ditangguhkan ke 14 April ini.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Zainal Abidin Kusmin, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Nur Liyana supaya kes ditangguhkan berikutan baru dilantik untuk mewakili wanita itu.
Kamar Ainiah memberitahu mahkamah, dia memerlukan masa meneliti dokumen dan nota keterangan perbicaraan sebelum perbicaraan diteruskan.
Peguam syarie Rubiah Jaafar yang mewakili Romie Razin Adilha Abd Jais, selaku defendan yang bersetuju.
Liyana yang memakai jubah kelabu hadir bersama keluarganya, sementara Romie Razin Adilha turut hadir bersama seorang lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Minta maaf, sila emailkan pertanyaan anda kepada saya untuk tidak meng'aibkan dan menjaga privasi mereka yang bertanya.