Selasa, 7 April 2015

Kerana privasi, menantu berkurung di dalam bilik

Oleh : Normala Hamzah  (SEMBANG-SEMBANG)
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 04/04/2015


“Orang lain pun nikah juga tapi tidaklah sampai berlagak diva dan makan hingga ke dalam bilik,’’ demikian resah dan rungutan seorang ibu mengenai menantu yang baru sebulan lebih tinggal bersamanya setelah selamat dinikahkan.

Itu sebahagian daripada kisah rumah tangga yang terdengar di zaman moden ini, zaman di mana segala-galanya kemungkinan berlaku tanpa diduga.

Ibu bapa mengharapkan setelah bernikah, anak-anak dan menantu akan hidup bahagia dan menghargai keluarga kedua-dua pihak, tetapi ada juga yang kecewa kerana apa yang berlaku tidak seperti diharapkan.

Inilah kisah yang dilalui oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai, Maznah berusia lewat 50-an dari selatan tanah air. Ingin tahu kisah selanjutnya, kita baca cerita Maznah seperti dikirim kepada saya.

Begini ceritanya:

“Saya mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak sulung dan kedua sudah berkahwin tetapi yang bongsu masih di kolej.

“Saya mempunyai dua orang menantu perempuan. Seorang tinggal berasingan dan seorang lagi tinggal bersama saya dan suami kerana itu permintaan kami.

“Saya sunyi kerana di rumah hanya tinggal kami berdua sahaja. Dengan adanya mereka berdua, saya sangat berharap hidup saya akan bertambah gembira terutama setelah mereka dikurniakan anak.

“Lagipun tempat kerja mereka dekat dengan rumah.

“Sayangnya itu semua tidak berlaku. Setelah berkahwin perangai menantu perempuan kedua saya berubah. Dia tidak mesra seperti masa bertunang dahulu. Balik kerja berkurung di dalam bilik.

Bekas suami meroyan apabila saya nikah lagi

Oleh : Normala Hamzah (SEMBANG-SEMBANG)
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 27/12/2014

MASA hidup bersama, banyak yang tidak kena, bertekak, berselisih faham dan saling mencari kesalahan antara satu sama lain.

Apabila sudah berpisah, baru cinta dan kasih itu datang, tetapi semuanya sudah terlambat. Perceraian telah mengambil tempat dan hubungan juga telah terputus.

Menyesal juga tidak berguna lagi. Jalan terbaik, elok masing-masing bawa haluan sendiri. Jika ada jodoh lain teruskan, jika tidak, hiduplah seadanya, semoga Allah memberi jalan yang baik untuk mengecap nikmat-Nya.

Bagaimana jika jodoh itu terhalang dengan tindakan bekas pasangan yang tidak mahu bekas isterinya menjadi milik orang lain?

Inilah kisah yang akan dikongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah menarik yang diceritakan oleh Asmira (bukan nama sebenar) kepada saya untuk catatan minggu ini.

Inilah realiti selepas berlaku perceraian, masa serumah bergaduh sakan tetapi setelah berpisah, sayang dan cemburu menjadi-jadi. Kita ikuti kisah Asmira seterusnya.

“Saya berusia awal 30-an, seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat cemburu bernama Izuan (bukan nama sebenar) selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

“Banyak halangan dan ujian yang saya lalui sepanjang hidup bersama Izuan. Lelaki pilihan saya ini sangat cemburu dan suka mengawal pergerakan saya setelah kami menjadi suami isteri.

“Tekanan yang saya hadapi menyebabkan rumah tangga kami selalu bergolak, tidak sehari pun kami tidak pernah bergaduh, ada sahaja isu yang dibangkitkan Izuan untuk mencari silap saya.

Isnin, 6 April 2015

Terlanjur dengan suami rakan baik

Oleh : Ustaz Haslin Baharim
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 29/03/2015

Saya seorang isteri dan mempunyai anak. Suami sentiasa sibuk dengan urusan kerja hingga tiada masa dengan keluarga. Kekosongan itu memberi ruang kepada saya untuk berhubungan dengan lelaki lain yang juga suami rakan baik saya.

Hubungan itu menyebabkan kami terlanjur.
Kemudian, saya tersedar dosa yang saya lakukan dan ingin bertaubat. Adakah saya perlu memohon ampun dan maaf daripada suami saya dan juga rakan baik saya?

MIRA, Cheras, Kuala Lumpur


Suami yang sibuk bukan alasan untuk isteri melakukan sesuatu maksiat. Tidak sepatutnya suami yang bertanggungjawab sibuk kerja mencari nafkah untuk keluarga dibalas dengan pengkhianatan isteri terhadap suami.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang ingin bertaubat. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Muslim).

Harus wanita pinang lelaki

Oleh : Ustaz Haslin Baharim
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 15/03/2015


Apakah hukumnya seorang wanita meminang lelaki yang dirasakan sesuai dijadikan suaminya lantaran pihak lelaki mengambil masa lama untuk bertindak sedemikian?
- Syariat Islam mengharuskan wanita meminang lelaki. Ia juga bukan sesuatu yang mengaibkan, malah ada hadis yang boleh dirujuk.

Walaupun dianggap janggal mengikut adat Melayu, namun tiada masalah jika menggunakan orang tengah mewakili pihak perempuan yang mungkin lebih sopan.

Hadis Riwayat Anas yang menyatakan, datang seorang wanita bertemu Rasulullah SAW dan berkata: 

“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini, menyampuklah anak perempuan Anas dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas: “Sesungguhnya dia itu lebih mulia dan baik daripada kerana dia mencintai Nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (hadis riwayat Al-Bukhari, An-Nasaei & Ibn Majah)

Perlu difahami, pinangan itu bukan saja untuk mendapatkan suami yang sesuai, tetapi merangkumi suami yang soleh.

Dengan cara ini, pihak wanita tidak perlu menunggu dan boleh membuat keputusan dengan tegas dari tertunggu-tunggu atau dipermainkan oleh pihak lelaki. Wallahualam

Apakah hukumnya seorang wanita meminang lelaki yang dirasakan sesuai dijadikan suaminya lantaran pihak lelaki mengambil masa lama untuk bertindak sedemikian?
- Syariat Islam mengharuskan wanita meminang lelaki. Ia juga bukan sesuatu yang mengaibkan, malah ada hadis yang boleh dirujuk.
Walaupun dianggap janggal mengikut adat Melayu, namun tiada masalah jika menggunakan orang tengah mewakili pihak perempuan yang mungkin lebih sopan.
Hadis Riwayat Anas yang menyatakan, datang seorang wanita bertemu Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini, menyampuklah anak perempuan Anas dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas: “Sesungguhnya dia itu lebih mulia dan baik daripada kerana dia mencintai Nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (hadis riwayat Al-Bukhari, An-Nasaei & Ibn Majah)
Perlu difahami, pinangan itu bukan saja untuk mendapatkan suami yang sesuai, tetapi merangkumi suami yang soleh.
Dengan cara ini, pihak wanita tidak perlu menunggu dan boleh membuat keputusan dengan tegas dari tertunggu-tunggu atau dipermainkan oleh pihak lelaki. Wallahualam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36954#sthash.MqCTZe1y.dpuf

Ingin tahu hak isteri kedua

Oleh : Ustaz Haslin Baharin
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 29/03/2015

Saya ingin tahu hak seorang isteri kedua kerana saya hidup bermadu. Isteri pertama mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak sama seperti isteri tua, malah tidak boleh menuntut apa-apa daripada perkahwinan saya.

Lebih mengecewakan, suami gagal berlaku adil dan sering melebihkan madu, sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam. Bolehkah saya membuat aduan mengenai perkara ini ke pejabat agama?

MAWAR, Batu Pahat, Johor


Kehidupan berpoligami hendaklah dilaksanakan berdasarkan kelayakan seseorang berlaku adil kepada isterinya.

Sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah bermaksud:

“... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang saja...” (Surah an-Nisa, ayat 3)

Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Nilai adil berdasarkan perkara yang zahir sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Ahad, 5 April 2015

Pensyariatan wasiat dalam Islam

Sumber : Kosmo
Tarikh : 02/04/2015



PENULISAN wasiat merupakan salah satu mekanisma perancangan perwarisan harta yang menzahirkan keinginan seseorang terhadap strategi pengagihan harta dimiliki. – Gambar hiasan


WASIAT dari segi bahasa berasal daripada perkataan wassa yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati.

Dari segi istilah pula merujuk kepada pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak dalam bentuk harta atau manfaat.

Pensyariatan wasiat dapat dilihat melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan seseorang itu supaya berwasiat seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud:



“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang daripada kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi, lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”

Di samping itu, Rasulullah SAW menggalakkan seseorang itu membuat wasiat sebagaimana dalam hadis: “Tiada hak (patut) bagi seorang Muslim, mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Saman bekas suami kes rogol anak

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 31/03/2015

Shah Alam : Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan tuntutan saman kecuaian difailkan seorang ibu terhadap bekas suami dan isteri bekas suaminya selepas anak pasangan itu merogol anak perempuan sulungnya, lima tahun lalu.

Ahli perniagaan wanita berusia 34 yang tidak boleh dinamakan itu, bersyukur kerana selepas dua tahun berjuang untuk anaknya, akhirnya mahkamah membenarkan permohonan tuntutannya.

"Saya gembira ia berakhir. Peristiwa ini amat memberi kesan kepada kedua-dua anak saya (mangsa dan adik lelakinya) kerana mereka kini trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hashim Hamzah, mengarahkan kedua-dua defendan (bekas suami dan isterinya) membayar ganti rugi am berjumlah RM150,000 dan ganti rugi teladan berjumlah RM50,000 beserta kos RM20,000.

Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif pertama (ibu mangsa) membawa pulang plaintif kedua (mangsa) daripada jagaan kedua-dua defendan pada Disember 2012.

Sabtu, 4 April 2015

Perkahwinan benteng kemaksiatan

Oleh : Prof Dr Najibah bt Mohd Zin
Sumber : Kosmo
Tarikh : 03/04/2015



Perkahwinan beramai-ramai dapat menjimatkan kos perkahwinan. – Gambar hiasan


TIDAK berapa lama dahulu, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ada mengeluarkan statistik tentang umur perkahwinan di negara ini yang menunjukkan bahawa kaum lelaki berkahwin pada umur 29 tahun dan wanita pula puratanya 25 tahun.

Kemajuan sesebuah negara mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan trend tersebut kerana dalam kalangan masyarakat banyak memberikan tumpuan kepada keperluan kebendaan mengatasi keperluan spiritual.

Ketidakseimbangan ini selalunya akan membawa kepada ketidakupayaan untuk memberi tumpuan kepada kehidupan berumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk membina kerjaya dan kekuatan ekonomi, sekali gus menyumbang kepada perkahwinan lewat usia atau terus membujang.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barang siapa antara kamu telah mampu menanggung beban perkahwinan hendaklah segera kahwin kerana ianya dapat menjaga kesucian diri daripada (melakukan perbuatan zina). Siapa yang belum mampu, sebaiknya ia berpuasa kerana puasa baginya adalah penjagaan diri.”

Secara umumnya, hadis ini memberitahu bahawa salah satu cara untuk menjaga diri manusia daripada terjerumus kepada perkara yang dilarang agama adalah dengan berkahwin atau berpuasa bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Hakikat ini terkandung dalam ayat-ayat Allah dalam surah an-Nur yang menyeru supaya kaum lelaki dan wanita supaya sentiasa menjaga pandangan dan kesucian, pakaian yang menutup aurat dan akhlak walaupun dengan keluarga terdekat.

Suami minta gaji

Sumber : Utusan Malaysia
Bersama NORAZMAN AMAT  
Tarikh : 01/04/2015

CERAI atau tidak? Itu persoalan yang sering bermain di minda setelah sekian lama dia menanggung kesengsaraan lantaran rumah tangga yang sering sahaja dilanda masalah. Bukan Liya tidak berusaha untuk menyelesaikan kemelut yang menggoncang mahligai yang dibina selama ini, namun semakin dicuba semakin banyak masalah yang timbul.

Ibarat retak menanti belah, hanya masa dan keadaan yang akan menentukan apa kesudahannya. Suaminya, Ramli semakin menjadi-jadi perangai ‘gilanya’. Sudah setahun dia tidak bekerja dan Liya anak-beranak juga ‘dipaksa’ untuk hidup sebumbung di rumah ibu bapa mentua. Kononnya untuk menjimatkan belanja, kini Ramli mula menagih Liya membayar ‘gaji’, gara-gara disuruh menjaga anak.

Ramli mula mengungkit, jika sebelum ini anak-anak dihantar ke rumah ibu bapa Liya dengan dibayar ‘upah’ atas kesanggupan mereka itu. Maka alasan yang sama digunakan Ramli untuk memaksa Liya berbuat hal yang sama.

Walhal, tugas Ramli bukannya sukar mana. Hanya menjaga anak dan hal-hal lain dalam rumah, Liya yang uruskan. Bermula menyediakan makanan pagi, tengah hari dan malam, membasuh, menyidai dan melipat pakaian serta membersihkan rumah, Liya tidak kisah untuk melakukannya sekalipun badan keletihan. Tapi Ramli, menjaga anak yang seramai tiga orang itu pun mahu minta dibayar. Bukan seratus dua sebaliknya RM1,000.

Ada kala timbul perasan kesal berkahwin dengan Ramli. Namun Liya pasrah, itu jodohnya. Paling malang, Ramli juga tidak menyukai keluarga Liya, lebih-lebih lagi kedua-dua ibu bapa Liya. Katanya, ibu bapa Liya penyibuk kerana sering bertanyakan bila Ramli hendak serius dalam bekerja.

18 tahun dipukul suami

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 31/03/2015
Oleh : NURSYAMIMI SAIDI

Hentikan keganasan terhadap wanita

Lapan belas tahun dipukul suami, Ema (bukan nama sebenar) sendiri sukar percaya dia mampu bertahan selama itu sebelum mengambil keputusan untuk berlindung di Rumah Perlindungan Wanita di bawah kelolaan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Di sebalik kekuatan dan semangat yang ditonjolkan semasa sesi perkongsian cerita bersama mangsa keganasan rumah tangga anjuran WAO dan Dulux bersama baru-baru ini, membongkar satu pengalaman pahit yang tidak akan dia lupakan sampai bila-bila.

Sebagai orang wanita Islam, apabila dituduh menjual diri merupakan satu penghinaan yang cukup menyedihkan apatah lagi apabila tuduhan tersebut datang daripada suami sendiri melakukan, bagaikan tiada pegangan agama.

Lebih teruk apabila orang sekeliling turut percara dan mula memandang negatif sedangkan tuan empunya badan yang dituduh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk tersebut, sebaliknya bersusah payah mencari rezeki halal di sebuah firma guaman.

“Saya berusaha keluar dari ‘cengkaman penyeksaan’ suami sendiri kerana tidak tahan menderita mental dan fizikal. Saya merasakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu lebih menyakitkan berbanding dipukul. Pernah sampai terfikir untuk membunuh diri, namun saya beristighfar dan cuba mencari penyelesaian yang lebih baik.

“Ketika itu saya terfikir, jika saya mati siapa yang akan menjaga anak-anak saya kelak. Saya tidak mahu bekas suami saya menjaga mereka kerana saya tahu dia tidak mampu menyayangi mereka seperti saya,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman