Khamis, 31 Julai 2014

Talak mempunyai idah

Oleh : DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sayid Qutub berkata: Sikap yang baik, budi yang elok dan berbuat kebaikan pastilah menyelubungi suasana kehidupan suami isteri sama ada yang masih teguh tali hubungannya atau telah putus ikatan perhubungannya.

Niat untuk menyakiti atau menimbulkan kesulitan dan kesusahan tidak seharusnya menjadi salah satu daripada unsur-unsur hidup ini. Dan tahap toleransi yang luhur ini tidak mungkin dicapai dalam suasana perpisahan dan perceraian, di mana jiwa semua pihak berada dalam keadaan yang genting dan tegang, melainkan dengan wujudnya satu unsur yang lebih tinggi daripada perhubungan-perhubungan hidup di bumi.

Satu unsur yang dapat mengangkat jiwa manusia mengatasi dendam kesumat dan meluaskan ufuk hidupnya melewati alam kenyataan masa kini yang kecil, iaitu unsur keimanan kepada Allah dan keimanan kepada hari akhirat dan mengingati nikmat Allah dalam pelbagai bentuk. Dimulai dengan nikmat keimanan – selaku nikmat yang paling tinggi – kepada nikmat kesihatan dan rezeki, juga mengenangkan ketakwaan kepada Allah serta berharap mendapat gantian daripada Allah selepas kegagalan perkahwinan dan perbelanjaan yang hilang itu.

Inilah unsur yang dibawa dua ayat yang mengatakan tentang pentingnya menunjukkan sikap yang baik, budi yang elok dan melakukan kebaikan sama ada kehidupan suami isteri itu masih kukuh tali perhubungannya atau telah putus ikatan talinya.

Ahad, 27 Julai 2014

Lafaz rujuk apabila kembali tenang

Oleh : Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro 
Ruangan : Fikrah Dr. Salam
Tarikh : 25/07/2014

Akibat terlalu marah pada isteri, saya melafazkan cerai talak satu kepadanya baru-baru ini.
Namun, atas kesedaran dan apabila keadaan kembali tenang, saya ingin merujuknya kembali. 
Malah, sudah beberapa kali saya bertemu isteri dan melafazkan ‘saya ingin merujuk kembali dengan kamu’. 
Adakah sah ‘rujuk’ saya? Adakah kami masih suami isteri yang sah di segi hukum?
Saya faham, saya perlu mengikut prosedur mahkamah untuk pengesahan nikah dan cerai.
Nasir 
Kuala Lumpur
 

Khamis, 24 Julai 2014

Talak paling dibenci Allah

Oleh : DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Syeikh al-Magahri berkata: Perbuatan ila’ merupakan kemudaratan kepada ahli jahiliah. Seorang yang tidak suka isterinya dan tidak mahu isterinya berkahwin lain nescaya akan bersumpah untuk tidak mendekatinya selamanya dan meninggalkannya dalam keadaan tergantung.

Begitu juga perbuatan orang Islam pada permulaannya kemudian Allah menghilangkan kemudaratan daripada isteri-isteri tersebut dengan mengehadkan tempoh tertentu berdasarkan kemaslahatan untuk mereka. Kemudian Allah menceritakan tentang keazaman untuk bercerai.

Allah berfirman: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah: 227)

Rabu, 23 Julai 2014

'Kajol' dijel enam minggu, denda RM1,000

Sumber : Utusan Malaysia

GUA MUSANG 22 Julai - Akibat tidak serik berpakaian seperti perempuan, penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Kajol terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila dia dihukum penjara enam minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 28, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah berlagak seperti perempuan dengan memakai baju perempuan berwarna hitam, bercoli hitam, bersubang serta membawa beg tangan di tapak ekspo Felda Aring 6 di sini kira-kira pukul 11.45 malam, 7 Mei lalu.

Hakim Syarie, Zubaidi Sulaiman memutuskan demikian setelah mendapati pemuda itu tidak serik dan melakukan kesalahan tersebut sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

Zubaidi berkata, hukuman kali ketiga ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada tertuduh untuk memperbaiki diri serta insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

"Perbuatan yang dilakukan berulang kali oleh kamu ini adalah perbuatan songsang dan dilaknat oleh Allah SWT. Saya menyeru kamu bertaubat kerana kamu sebagai seorang selebriti telah menonjolkan imej buruk dan boleh mendorong kepada penyakit sosial dalam kalangan masyarakat," kata beliau.

Beliau memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Kamarulzaman Mohamad, tertuduh yang mengambil nama aktres Bollywood, Kajol sebagai nama gelarannya kelihatan menangis teresak-esak sebelum membuat pengakuan bersalah.

Mohd. Hafiz didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Kajol yang masih belum berkahwin memohon hukuman denda diringankan dengan alasan dia merupakan tempat bergantung untuk menyara keluarganya yang susah.

Bagaimanapun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Ramlee Abd. Rahman membantah alasan yang dikemukakan oleh Kajol dan berpendapat perbuatan yang dilakukan itu sungguh aib sebagai seorang Islam.

Kajol mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan sama dengan kali pertama dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pada 2010 manakala kesalahan kedua, dia turut didenda RM1,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 2011.

Isnin, 21 Julai 2014

Awie dapat hak penjagaan sementara tiga anak

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Julai - Vokalis kumpulan rock Wings, Awie hari ini berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak hasil perkahwinan dengan isterinya, Rozana Misbun daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Mahkamah turut membenarkan permohonan injunksi oleh Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, untuk menghalang Rozana, 36, daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.

Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz membenarkan permohonan yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) pada 16 Julai lalu ketika kes disebut di kamar hakim di sini.

Bagaimanapun, Rozana dibenarkan melawat anak-anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7; Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, sebanyak dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan serta terhad di bekas rumah kelamin pasangan itu sahaja.

Awie hadir diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain manakala Rozana yang merupakan adik kepada pelakon dan penerbit, Haliza Misbun, tiada pada prosiding hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, anak guamnya memfailkan permohonan penjagaan interim (sementara) dan injunksi tersebut pada 16 Julai lalu berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 200 dan 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Ahad, 20 Julai 2014

Tempoh idah berubah bila hamil

Oleh : Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro 
Ruangan : Fikrah Dr. Salam
Tarikh : 18/07/2014



Saya baru bercerai dalam keadaan suci dengan talak satu (talak raji) di mahkamah rendah syariah dan beridah selama tiga kali suci.
Tanpa disedari saya mengandung ketika itu. Di sini saya ingin tahun, apakah status perceraian itu dan anak yang bakal lahir nanti? 
Keliru 
Kuala Lumpur
 

Khamis, 17 Julai 2014

Talak hanya tiga kali

Oleh : DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Syeikh al-Maraghi berkata: Selepas Allah menyebut berkenaan ayat yang terdahulu berkaitan orang yang bersumpah atau masalah ila’ sama ada kembali bersama isterinya atau berazam untuk talak lantas amat munasabah disebut selepas itu berkenaan hukum-hukum talak sebagai pelengkap dengan yang terdahulu.

Sayid Qutub berkata: Kini pembicaraan rangkaian ayat yang berikut tentang persoalan talak dan di sini ia menjelaskan hukum-hukum talak dan segala yang seiringan dengannya seperti idah, tebus talak, nafkah, pemberian sagu hati (mutaah) dan sebagainya dari kesan-kesan yang terbit daripada talak. Ia memulakan dengan hukum idah dan rujuk.

Firman Allah: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 228)

Ahad, 13 Julai 2014

Daftar nikah bukan bertujuan susahkan bakal pengantin

Oleh : Moeis Basri
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 17/10/2013

Peraturan bagi pastikan syarat, rukun dipatuhi elak timbul masalah


Pernikahan yang diiktiraf oleh syarak adalah dengan memenuhi lima rukun asas iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua saksi serta lafaz ijab dan kabul.


Pada setiap satu daripada rukun itu terdapat beberapa syarat sah yang perlu dipenuhi. Walaupun nikah sering kali dianggap mudah, syarat kepada rukun nikah harus diberi perhatian untuk memastikan kesemua rukun nikah dipenuhi pada masa pernikahan berlaku. Contohnya pengantin perempuan itu bukan semata-mata perempuan, tetapi mesti dipastikan beliau tidak terikat dengan ikatan pernikahan lain atau masih berada dalam edah.

Khamis, 10 Julai 2014

Tangkis cerai

Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Saadiah Ismail
snur@bharian.com.my
23/03/2012

Modul kursus kahwin wajar jadi silibus sekolah menengah, IPT

TIADA siapa mahukan perceraian, tetapi ada kalanya itulah pilihan yang ada. Hendak menuding jari, ia hanya menambah luka selain kekusutan apabila hakikatnya 'nasi sudah menjadi bubur.'

Hidup perlu diteruskan dan apa yang berlaku menjadi iktibar bagi mengelak perkara berulang.

Kerukunan rumah tangga juga tidak dapat dipupuk dalam sehari dua. Jadi, ia berbalik kepada asas agama dan kami berasakan, mungkin baik jika modul kursus pra perkahwinan ini dijadikan sebagai silibus pelajaran. - Saimah Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM

Cuma agak membimbangkan apabila perkara yang dibenci agama ini kian ketara. Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit dalam kalangan umat Islam dan jumlah itu dipercayai meningkat dari tahun ke tahun berpunca daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

Apabila kes perceraian menjadi sesuatu yang lazim, timbul persoalan di mana silapnya masyarakat hari ini? Apakah ada sebarang cara mengekang perkahwinan yang dilayari menjadi roboh dalam masa sebegitu cepat dan bergelar janda ketika inai masih merah di jari?

Selain sikap individu sebagai pelaku utama perceraian, timbul juga pertanyaan mungkinkah ada kepincangan dalam kursus praperkahwinan yang mungkin sekadar melepaskan batuk di tangga - mengajar yang asas tetapi tidak mendidik pasangan mengenai peri pentingnya ilmu melayari rumah tangga sebagai suami isteri dan mempertahankan ikatan sehingga ke akhir hayat.

Khamis, 3 Julai 2014

Alasan untuk tuntut fasakh

Tarikh : 28 May 2006

DALAM keadaan bagaimanakah seseorang isteri boleh menuntut fasakh? Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan nilai tuntutan? Adakah hakim akan mempersetujui nilai tuntutan berkenaan seperti diminta pihak isteri?

SHAH
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Fasakh boleh ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan melalui perintah kehakiman.

Keharusan fasakh ini tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran. Namun, ia digarap berdasarkan larangan melakukan kemudaratan seperti dalam hadis bermaksud: “Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”

Rabu, 2 Julai 2014

Cerai Fasakh - Isteri Boleh Tuntut di Mahkamah

Tarikh : 19 November 2004

Soalan:
Selepas dua kali sesi kaunseling suami setuju menceraikan saya. Laporan kaunseling dibuat berdasarkan persetujuan bersama yang dipersetujui oleh suami. Pada panggilan pertama mahkamah, suami enggan menceraikan saya kerana alasannya anak mesti bersama dia. Anak lelaki saya berusia dua setengah tahun. Saya seorang surirumah. Sehingga kini suami enggan membenarkan saya bekerja dan masih menanggung saya dan anak seperti biasa walaupun sudah empat bulan kami berpisah bumbung.


Saya lihat suami cuba merumitkan keadaan untuk tidak menceraikan saya seperti yang dipersetujui semasa sesi kaunseling dan meletakkan isu anak sebagai senjata melemahkan saya.

Kesimpulannya saya tidak diceraikan dan mahkamah minta dibawa pendamai.

Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk dia menceraikan saya pada tarikh tersebut. Bolehkah isu anak itu dijadikan sebab untuk tidak bercerai olehnya?

Sekiranya dia enggan menceraikan saya haruskah saya minta fasakh selepas ini. Suami seorang panas baran, ringan tangan. Suami juga mempunyai hubungan luar dengan seorang perempuan gro dan pernah berzina. Saya tidak tahan dengan sikap suami. Bantulah saya.
- Noramah Kadir, Kuala Lumpur

Selasa, 1 Julai 2014

Guaman: Bayaran nafkah isteri nusyuz

Oleh : Mohd Faiz Adnan
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 2007

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan ruangan Guaman yang disiarkan di halaman ini. Saya mempunyai satu persoalan yang diharap pihak tuan dapat membantu. Jika isteri didapati curang, perlukah seseorang suami itu membayar nafkah seperti yang diwajibkan?

Mat, Melaka.

Jawapan:

Pertama sekali, saya mengalu-alukan soalan yang baik dan kesungguhan pihak tuan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina. Persoalan ini bukan saja dapat membuka mata ramai lagi rakyat Malaysia berhubung hal nusyuz dan bentuk tindakan yang patut diambil, malah kita dapat melihat sejauh mana undang-undang Syariah berfungsi dalam memberikan keadilan dan menjaga keharmonian sesebuah institusi keluarga.

Hakikatnya, nafkah adalah antara tanggungjawab yang wajib ditunaikan kepada isteri oleh suami sama ada ia berbentuk wang ringgit, tempat tinggal, makanan dan seumpamanya yang dianggap sebagai keperluan bagi isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman